Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Pemberian teristimewa

Alhamdulillah , dah sampai pun last day syafiq utk minggu ni before cuti chinese new year. Tadi masa syafiq nak balik dari Hospital Putajaya, kebetulan patient syafiq ade dekat situ wad pembedahan 3B, syafiq telah menerima pemberian yang syafiq rasa sangat istimewa dari partient.  Syafiq jage die sejak die mula admit sampai harini , insyaAllah petang ni die akan discharge dr wad tuh. Dah sepuluh hari die dalam wad tuh. 

Syafiq memang tak sangka akan dapat pemberian nih. Huhu terharu sangat td. Acik tu nama Acik Ruzilah. Selama syafiq jaga acik, terima kasih sangat sebab anggap syafiq sebagai anak acik sendiri. Syafiq sangat menghargai nya! 

Kata-kata semangat buat syafiq.. huhu

Kepada acik : Syafiq doakan acik cepat sembuh dan semoga dipanjangkan usia acik. Acik ade cakap kat syafiq , acik teringin nak mengerjakan umrah kan? InsyaAllah syafiq doakan acik dimurahkan rezeki. 

Terima Kasih sekali lagi. :)

Misteri Bilik 310 - 321 terbongkar !

Hey ! 

Apekah disebalik misteri Bilik 310 - 321 ??!

Jeng ! Jeng ! Jeng !

Hahaha, sebenarnya tak ade ape-ape yang misteri nyer. Camni kesahnyer, last weekend, syafiq dan family sempat menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

Nak tahu hotel mane ?? Meh syafiq kasi intro sikit pasal hotel nih. 

Hotel ini merupakan upscale region Asia Pacific brand dan mempunyai tujuh buah hotel and serviced residences in gateway cities and interesting locales. Ibu pejabat hotel ini bertempat di negara jiran kita iaitu Singapore. Hotel ini jugak adalah sebahagian daripada Pan Pacific Hotel Groups. 

Ia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur or dalam orang putih nyer 'in the heart of KL's city centre' . Bila anda menjejakkan kaki ke dalam hotel ini, hotel ini menyediakan semuanya.. accommodation, shopping, dining and entertainment right at its doorstep. Best !

Ok, cukup-cukup la intro kan . Nama hotel yang syafiq duduk tu adalah ... Parkroyal Kuala Lumpur. 


Syafiq duduk di sana 2 hari 1 malam aje. Kebetulan parents syafiq nak datang kl sebab nak melawat cousin syafiq yang baru. Name die Mohd Umair Razin (entry syafiq sebelumnya). Macam biasa, check-in around jam 2 petang . Bila menjejak kaki ke lobby hotel, interior nya lebih kepada modern style and a bit zen style.

Reception Counter | Parkroyal KL

Tengokla reception counter die, siap ade sisik ikan talapia lagi tuh. Sangat stylo kan. Hahaha. Bilik-bilik hotel ini macam biasa , ade byk jenis, mula dengan superior, deluxe, Orchid Club and Suite. My mom amik bilik dua bilik Orchid Club . Bilik ni besar sikit dan more privacy. Lagipun kitaorg datang ngan family kan . Yang bestnyer, sesiapa yang duduk kat bilik Orchid Club nih, ade special lift sendiri yer ! Name lift tuh bubble lift, lift tuh actually transparent, leh nampak luar semua. Haha gayat jugak.. hiks

Ni lift die, namenye 'Buble Lift' | Parkroyal KL

Lift utk floor-floor lain | Parkroyal KL

Btw, lift kat hotel ni , xkira la bubble lift or lift biasa, before kita naik, kene ade key card dulu utk 'touch', kalu tak , lift tu xleh jalan. So, sape-sape orang luar yang nak naik memang xboleh langsung. Security die memang kuat. 


Interior Orchid Club Floor | Parkroyal KL

Bukak-bukak jer pintu lift .. wow ! interior utk floor Orchid Club ni memang letops !!!! Hanya 3 floors jer yang ade for Orchid Club nih. Sangat cantik! Siap ade pokok-pokok buluh bagai.


Okay, sekarang masenyer nak menjenguk ke bilik yang syafiq duduk plak . Bilik syfq aritu no 318 kalu tak silap. Betul-betul tengah floor nih. So utk bilik nih syafiq letak gambar-gambar jer yer. Silalah menikmati bilik nih.

Interior yang sangat modern | Parkroyal KL

Keluasan die agak besar jugak | Parkroyal KL

Bilik die dilengkapi dengan 32 inch Sony LCD TV with DVD. Mini bar, and ade satu lampu comel kat side bed tuh utk sape-sape yang suke membaca malam-malam . Nampak tak cermin yang transparent tuh? haaa , nak tau ape tuh.. itu lah toilet yer! Memang segalanya terserlah bila anda berkabung kat dalam tuh. huhu..

Spacious work desk with ergonomic executive chair | Parkroyal KL

Ruangan santai | Parkroyal KL

Toilet yang sgt elegant | Parkroyal KL

Toiletries from St. Gregory | Parkroyal KL

Toiletries die , hebat yer ! Dari St. Gregory , established in Singapore 1997 , St. Gregory ni kira a pioneer and market leader in the spa industry. So , memang syafiq amik semua ape yang ade dlm toilet tuh.. haha.. 

Untuk melihat Orchid Club benefits : Tekan Sini 

Overall memang best duduk dekat hotel nih. For me rasa environment die agak berlainan jugak, walaupun duduk kat tengah-tengah ibu kota, tp still rasa cam tempat lain. hiks


So , sesiapa yang teringin nak datang sini , syafiq suggestkan silalah datang yer !! Sangat best !


Parkroyal Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail , 50250 Kuala Lumpur
Tel : +603 2147 0088
Fax : +603 2147 0099
website : www.parkroyalhotels.com

Teman Baru Ku (Muhammad Umair Razin)

Mendapat cahaya mata merupakan salah satu rezeki dan anugerah Allah yang sangat tak ternilai harganya. Kegembiraan nya tidak dapat digambarkan apabila sepasang suami isteri melihat lahirnya zuriat mereka sendiri . Walau bagaimanapun, tanggungjawab ibu bapa bukanlah sekadar menjaga cahaya mata tersebut, malah persediaan yang rapi perlu ada untuk menerima rezeki Allah itu. 

Ha.. itu sedikit mukadimah untuk entry syafiq kali ini, sebenarnya syafiq baru saja balik dari melawat makcik syafiq yang baru saja selamat melahirkan zuriatnya yang ke-2 harini. 

Ha ! Nak tau camne rupa baby tuh??

Taraaaaa !!! Comel tak ! Comel kot ! Comel tak ! Comel kot ! 
Nama : Muhammad Umair Razin
Tarikh Lahir : 24 Jan 2011 | Berat : 3.4 kg | Jantina : Lelaki
Hospital Pusrawi Kuala Lumpur

Alhamdulillah , baby boy nih selamat dilahirkan pada jam 9.30 pagi tadi. Walaupun dilahirkan secara operation atau name medical nyer Lower Segment Cesarian Section (LSCS), tiada sebarang komplikasi yang berlaku sebelum dan selepas operation. Hurmm nama untuk baby nih sangat sedap ! first time syafiq dengar nama Razin . Sedap sangat !

Baby boy ni sangat lah tembam dan montok yer pipi dier ! Dagu dia dah macam Siti Nurhaliza dah bapak dia cakap. Baby ni actually ade abang dah, abang sulong dia sibuk melayan iphone main game. Abang dia nama Mohd Izz Hadif , slalu panggil Hadif jer. Hadif ni memang aktif, memang tak tau nak duduk diam, cergas betul die. Tapi Hadif ni memang Hi-Tech ! Umur baru 5 tahun dah ade Iphone dengan Laptop. Huhu.. teringat syafiq zaman kecik-kecik dulu, main kejar-kejar dengan kawan sekampung jer. Haha..


Mohd. Izz Hadif yang sangat cerdik dan cergas!

Oklah, syafiq rasa di sini saja syafiq nak citer pasal baby boy nih. Hehe , happy sangat sebab syafiq dah ade cousin baru!  Tahniah jugak kepada my uncle and auntie : Mohd. Shaiful Nizam & Jamilah sebab mendapat baby boy yang sangat COMEL !! 

Bye. 


The essence of trust


Little girl and her father were crossing a bridge. 
The father was kind of scared so he asked his little daughter, 
'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.' 
The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.' 
'What's the difference?' Asked the puzzled father. 
'There's a big difference,' replied the little girl. 

'If I hold your hand and something happens to me, 
chances are that I may let your hand go. 
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, 
you will never let my hand go.' 

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. 

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...