Alhamdulillah, dah lama syafiq tak menjenguk di dalam blog ni. Malam ni syafiq terdetik pulak untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sebelum syafiq menulis selanjutnya, diharap pembaca dapat menonton video ini dahulu.
Dah tengok? Kita baca apa yang syafiq nak cakap tentang video di atas.
Dah lama syafiq tak update blog , buat masa skrg nih syafiq very busy dengan study . Last entry syafiq adalah tentang makan-makan di Auntie Aini Cafe kan , kali ni pun syafiq nak update pasal entry makan-makan jugak, tetapi kali ini kita ke cafe 5 bintang !
Jika anda mahukan a lite bite for breakfast and lunch , this is just the place. Hiasan dalamannya yang 'cozy' beserta dengan sajian fresh pastries, salad and sandwiches , anda pasti tertawan dengan cafe ini.
Bagi penggemar coffee, anda pasti akan hanyut dengan pelbagai aroma freshly brewed ground coffees yang ada di situ. Bukan itu sahaja, penggemar-penggemar chocolate juga dapat merasakan kenikmatan a whole array of handmade chocolates to satisfy your sweet tooth.
Cafe yang syafiq maksudkan adalah Cafe 'Hot Gossip' !!. Cafe ini terletak di main lobby , Parkroyal Hotel Kuala Lumpur . Memulakan operasi seawal jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Cafe ini mempunyai kapasiti seramai 62 orang dalam satu masa.
Setelah berkunjung disini tempoh hari untuk sarapan pagi, Syafiq sangat berpuas hati dengan hidangan yang disajikan. Suasana cafe yang bertaraf 5 bintang ini dapat memberikan anda ketenangan dan suasana yang nyaman ketika menikmati juadah.
Di hadapan Cafe Hot Gossip | Parkroyal KL
Homemade chocolates | Hot Gossip
Menu dengan harga berpatutan | Hot Gossip
Hot Chocolate | Hot Gossip
Hot Cappuccino | Hot Gossip
Ape nih ?? Haa ini gula yer ! Untuk cappuccino yang di order tuh | Hot Gossip
Chicken Pie | Hot Gossip
Cajun Chicken With Pesto | Hot Gossip
Turkey Onion Quiche | Hot Gossip
Tuna & Cheese Melt | Hot Gossip
Beef Salami | Hot Gossip
Syafiq pergi dalam 7 orang tempoh hari, so dapatlah rasa macam-macam jenis makanan. Overall semua yang dihidangkan sangat memuaskan dan sedap. Portion setiap hidangan pun memang besar dan mengenyangkan !
Pabila melangkah masuk ke gerbang Aunty Aini's Garden & Cafe , para tetamu cafe tersebut akan membayangkan mereka di alam rimba yang nyaman disusuri dengan deruan air pancut serta kewangian harum bunga melur di sekelilingnya.
Pintu gerbang cafe
Kepada warga Putrajaya, Kuala Lumpur, Seremban serta yang berhampiran, ingin merasai 'Masakan Melayu Kampung' ? Yeah, baru-baru ini Syafiq berkesempatan makan malam di kafe ini yang terletak di Nilai , Negeri Sembilan .
Yelah, dah muak dengan masakan thai or western yg slalu terdapat di restaurant dan kafe sekitar bandar Kuala Lumpur mahukan Putrajaya, ape kate kita mencuba sesuatu yang original @ masakan melayu minang ! masakan turun temurun dari tok nenek moyang kita plak. Kan ?
Menu
Kafe di dalam taman ini dibina betul-betul di tepi Jalan Sepang , Kampung Chelet. Hurmm bab parking nih memang takde masalah , kawasan untuk parking ade disediakan . Konsep kafe ini lebih kepada rumah papan yang beratapkan rumbia dan suasananya di sulamkan dengan kehijauan pokok-pokok renek serta bunga-buangan yang di tanam sendiri oleh Aunty Aini.
Sesiapa yang inginkan ketenangan serta suasana makan yang selesa , Syafiq rasa inilah tempat yang sesuai . Harga makanan di sini berpatutan dan kuantiti untuk satu pinggan hidangannya adalah besar dan sangat mengenyangkan !
Meja santapan die sangat romantik yer !
Kafe dalam taman
Pelanggan setiap hari memang tak putus-putus. Pelanggan bukan saja datang dari daerah terdekat, tetapi serata pelusuk Malaysia dan DUNIA !! Antara pelanggan yang pernah datang ke kafe Aunty Aini, bukan calang-calang orang yer .. Anthony Bourdain (American Chef | yang slalu kita tengok dalam Asian Food Channel tuh) , Gordon Ramsay (Scottish chef , television personality and restaurateur | co-host untuk rancangan Masterchef).
Kenangan bersama Gordon Ramsay
Kebanyakan menu di kafe ini adalah masakan kampung minang, so malam tuh syafiq sempat order beberapa lauk . Kita boleh order menu ala carte or 'set' , terpulang pada individu.
Daging Tetel
(Paling sedap syafiq rasa !!! Ala-ala asam pedas)
Ayam Goreng Kampung
Gulai Telur Itik
Khailan ikan masin
Masak lemak cili api daging salai
Lauk pauk dia memang LETOPS HABIS!! , syafiq rasa macam bukan makan kat kedai, tp macam nenek yang masak. Cukup rasa semua nya. Setelah selesai habiskan semua lauk pauk tuh, pencuci mulut dia agak unik, syafiq amik 'Ice cream with tapai' . Hurmm mula-mula makan memang macam rasa pelik jer, tapi lepas dua tiga suap, terus makan sampai habis ... sedap pulak rasa. Hiks.
Ice cream with Tapai
Overall syafiq memang puas makan di kafe nih, syafiq suka environment dia dan pelayan-pelayan nya sangat peramah. Before syafiq tutup entry nih, terimalah kata-kata dari owner kafe ini yang sempat syafiq rakamkan, Aunty Aini !!