Alhamdulillah, dah lama syafiq tak menjenguk di dalam blog ni. Malam ni syafiq terdetik pulak untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sebelum syafiq menulis selanjutnya, diharap pembaca dapat menonton video ini dahulu.
Dah tengok? Kita baca apa yang syafiq nak cakap tentang video di atas.
Video di atas telah di tag oleh ibu syafiq di facebook, setelah menontonnya, syafiq terdetik untuk menulis di sini tentang pandangan syafiq mengenai mesej yang cuba nak disampaikan di dalam video itu.
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat atau kawan, topik ini selalu sangat diperkatakan atau diperbincangkan. Ayat yang selalu kita dengar pulak , "Teman yang baik adalah yang sentiasa bersama susah dan senang" . Kadang-kadang, sampai bila kita cakap pasal benda-benda nih, ada yang org sampai naik menyampah atau nak termuntah pun ade, siap cakap kita ini ustaz atau ustazah la.
Di sini, syafiq cuma cakap satu benda sahaja, biar lah orang nak cakap apa, asalkan apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan bersama. Dan lagi satu, manusia ini, bila kita berada di depan mata mereka, apa yang kita buat atau korbankan, mereka tidak nampak. Ini kerana mereka tidak pernah lagi merasai kehilangan kita. Di masa kita ada, walaupun kita cuba untuk membantu meringankan beban yang mereka inginkan, tetap ada saja yang tak kena. Itu tak betul, ini tak betul.
Contoh paling mudah yang dalam video di atas, scene Hilmi baru pulang membelikan makanan utk mereka yang hanya semangkuk oreo dan susu. Tetaplah kawan-kawannya mengeluh, padahal mereka tak fikir disebalik semangkuk oreo dan susu itu. Tidakkah mereka terfikir, Hilmi telah korbankan masa nya itu ke kedai, beli makanan untuk mereka makan dan siap hidangkan di dalam mangkuk! Apa yang Hilmi dapat? hanya rungutan yang mereka dapat.
Manusia sememangnya sangat suka memikirkan diri mereka sendiri. Jika ada orang yang menolongnya, alangkah bahagianya. Di sini sebenarnya kita perlulah ada sifat BERSYUKUR kerana masih ada insan yang mahu membantu kita. Bukan lah yang membantu itu mengharapkan segunung balasan , tetapi setakat menghormatinya atau pengorbanan kecil untuknya.
Bila Allah menarik salah satu nikmat itu, di mana di dalam video ini, Allah telah aturkan yang Hilmi mengidap leukemia dan dia terpaksa di bawa pulang ke tanahair, barulah mereka merasa betapa peritnya tanpa Hilmi. Barulah mereka terfikir pengorbanan Hilmi kepada mereka selama ini. Barulah nak RINDU lah, TERINGAT lah dan macam-macam lah lagi. Bila dia ada depan mata, apa yang mereka sibukkan??? FACEBOOK , LAPTOP , HANDPHONE. Sekarang ini, lagi banyak benda yang kadang-kadang, individu depan mata pun dah macam tunggul dah. Bila bersama, masing-masing dengan TWITTER,FACEBOOK, and now ada WHATSAPP (ruangan chatting macam YM) , VIBER, LINE, YM, MSN, so benda-benda ni semua boleh melemahkan komunikasi kita bila bersua muka. Bukan syafiq nak kata benda ini tidak boleh digunakan langsung, tetapi ada masa dan tempat yang sesuai untuk digunakan. Contohnya, bila kita keluar bersama keluarga atau kawan-kawan, kalau dah asyik memandang phone atau ipad atau sebagainya nya lah. Buat apa keluar bersama mereka? Lagi bagus duduk dirumah dan bertemankan handphone,ipad atau sebagainya tu jer lah. Kalau sekali sekala check tu no problem, mana tau ada mesej dari ibu,bapa atau orang yang tersayang ker kan? .
So berbalik pasal video td, "hargailah apa yang berada dihadapan kita, bersyukurlah apa yang diberikan dan janganlah kita sia-sia kan nya" .
Akhir kata, jika sesiapa yang terasa syafiq pernah berkelakuan sedemikian (seperti yang dicoretkan), syafiq mohon maaf , mungkin syafiq terlepas pandang. InsyaAllah syafiq cuba perbaiki diri syafiq. Semoga mesej yang cuba disampai kan oleh video itu mencuit kita untuk memunasabah diri kita kembali. InsyaAllah.
1 comments:
cool vid..plz visit my blog ..jenguk2 la ye..hehe http://kakiblogger.mygeng.org/#s01
Post a Comment