Teman Baru Ku (Muhammad Umair Razin)

Mendapat cahaya mata merupakan salah satu rezeki dan anugerah Allah yang sangat tak ternilai harganya. Kegembiraan nya tidak dapat digambarkan apabila sepasang suami isteri melihat lahirnya zuriat mereka sendiri . Walau bagaimanapun, tanggungjawab ibu bapa bukanlah sekadar menjaga cahaya mata tersebut, malah persediaan yang rapi perlu ada untuk menerima rezeki Allah itu. 

Ha.. itu sedikit mukadimah untuk entry syafiq kali ini, sebenarnya syafiq baru saja balik dari melawat makcik syafiq yang baru saja selamat melahirkan zuriatnya yang ke-2 harini. 

Ha ! Nak tau camne rupa baby tuh??

Taraaaaa !!! Comel tak ! Comel kot ! Comel tak ! Comel kot ! 
Nama : Muhammad Umair Razin
Tarikh Lahir : 24 Jan 2011 | Berat : 3.4 kg | Jantina : Lelaki
Hospital Pusrawi Kuala Lumpur

Alhamdulillah , baby boy nih selamat dilahirkan pada jam 9.30 pagi tadi. Walaupun dilahirkan secara operation atau name medical nyer Lower Segment Cesarian Section (LSCS), tiada sebarang komplikasi yang berlaku sebelum dan selepas operation. Hurmm nama untuk baby nih sangat sedap ! first time syafiq dengar nama Razin . Sedap sangat !

Baby boy ni sangat lah tembam dan montok yer pipi dier ! Dagu dia dah macam Siti Nurhaliza dah bapak dia cakap. Baby ni actually ade abang dah, abang sulong dia sibuk melayan iphone main game. Abang dia nama Mohd Izz Hadif , slalu panggil Hadif jer. Hadif ni memang aktif, memang tak tau nak duduk diam, cergas betul die. Tapi Hadif ni memang Hi-Tech ! Umur baru 5 tahun dah ade Iphone dengan Laptop. Huhu.. teringat syafiq zaman kecik-kecik dulu, main kejar-kejar dengan kawan sekampung jer. Haha..


Mohd. Izz Hadif yang sangat cerdik dan cergas!

Oklah, syafiq rasa di sini saja syafiq nak citer pasal baby boy nih. Hehe , happy sangat sebab syafiq dah ade cousin baru!  Tahniah jugak kepada my uncle and auntie : Mohd. Shaiful Nizam & Jamilah sebab mendapat baby boy yang sangat COMEL !! 

Bye. 


Dimanakah budi bahasa ?


Beginikah yang dinamakan bangsa Melayu yang berbudi bahasa ? Berteriak di khalayak ramai dan tidak menghiraukan langsung maruah orang lain. Di manakah tatasusila kita? adab dan sopan kita? 

Kita kaya dengan ada sopan dan tatasusilah, lebih-lebih lagi kita beragama Islam, tidak kah molek jikalau kita lebih berbahasa dan menghormati maruah orang lain juga. Banyak lagi cara yang boleh digunakan jika betul seseorang itu telah melakukan kesalahan, tidak perlu mereka yang memegang title bangsa melayu ini nak menengking atau mengugut didepang khalayak ramai.  Sebaliknya bangsa lain akan memandang melayu lebih sengket, sedangkan Islam itu indah dan sabar itu separuh daripada  iman .

Banggakah anda jika anda dapat merakamkan suasana di atas dan postkan di Facebook dan Youtube. Saya setuju dengan apa yang telah di komen oleh orang ramai tentang video ini di youtube. 

Antaranya :-
"Kalau nk suruh dia mintak maaf pun tak perlu la nak mengamok macam orng gila. kalau dah dia maki melayu, Memang la semua orang marah. tapi bukan macam tu cara nak suruh mintak maaf, Ada berader tu suruh belanja semua orang kat kedai. nampak sangat la dia cuma nak ambil kesempatan. Semua orang tu memalukan melayu lagi adalah. Bukan nak menegakkan keadilan. Islam ada caranya. Bukan macam tu. Harap semua orang ambil iktibar." by jordan90ization
"Bangsa Melayu itu bangsa yang berbahasa. Bahasa melambangkan bangsa. Kalau benar dia salah kita tak harus lakukan begitu kepada dia. Mungkin dia salah dalam memahami sejarah bangsa Melayu. Kita harus menerangkan kepada dia hakikat sejarah bangsa Melayu dengan cara yang lebih berintelektual. Bukan dengan cara begini. Kalau kita berlaku begini lebih banyak unsur-unsur negatif yang akan dilabelkan kepada bangsa kita sendiri. Dimana sifat keperibadian bangsa Melayu yang penuh dengan budi pekerti?" by efyery

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kesabaran itu berkalu pada goncangan pertama.” Serupa dengan sabda Rasulullah SAW, “Bukanlah disebut orang kuat, orang yang berkelahi secara tangguh. Akan tetapi orang kuat adalah dia yang bisa menahan diri di waktu marah.”