Dimanakah budi bahasa ?


Beginikah yang dinamakan bangsa Melayu yang berbudi bahasa ? Berteriak di khalayak ramai dan tidak menghiraukan langsung maruah orang lain. Di manakah tatasusila kita? adab dan sopan kita? 

Kita kaya dengan ada sopan dan tatasusilah, lebih-lebih lagi kita beragama Islam, tidak kah molek jikalau kita lebih berbahasa dan menghormati maruah orang lain juga. Banyak lagi cara yang boleh digunakan jika betul seseorang itu telah melakukan kesalahan, tidak perlu mereka yang memegang title bangsa melayu ini nak menengking atau mengugut didepang khalayak ramai.  Sebaliknya bangsa lain akan memandang melayu lebih sengket, sedangkan Islam itu indah dan sabar itu separuh daripada  iman .

Banggakah anda jika anda dapat merakamkan suasana di atas dan postkan di Facebook dan Youtube. Saya setuju dengan apa yang telah di komen oleh orang ramai tentang video ini di youtube. 

Antaranya :-
"Kalau nk suruh dia mintak maaf pun tak perlu la nak mengamok macam orng gila. kalau dah dia maki melayu, Memang la semua orang marah. tapi bukan macam tu cara nak suruh mintak maaf, Ada berader tu suruh belanja semua orang kat kedai. nampak sangat la dia cuma nak ambil kesempatan. Semua orang tu memalukan melayu lagi adalah. Bukan nak menegakkan keadilan. Islam ada caranya. Bukan macam tu. Harap semua orang ambil iktibar." by jordan90ization
"Bangsa Melayu itu bangsa yang berbahasa. Bahasa melambangkan bangsa. Kalau benar dia salah kita tak harus lakukan begitu kepada dia. Mungkin dia salah dalam memahami sejarah bangsa Melayu. Kita harus menerangkan kepada dia hakikat sejarah bangsa Melayu dengan cara yang lebih berintelektual. Bukan dengan cara begini. Kalau kita berlaku begini lebih banyak unsur-unsur negatif yang akan dilabelkan kepada bangsa kita sendiri. Dimana sifat keperibadian bangsa Melayu yang penuh dengan budi pekerti?" by efyery

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kesabaran itu berkalu pada goncangan pertama.” Serupa dengan sabda Rasulullah SAW, “Bukanlah disebut orang kuat, orang yang berkelahi secara tangguh. Akan tetapi orang kuat adalah dia yang bisa menahan diri di waktu marah.” 

2 comments:

{ asrulhadi } at: January 8, 2011 at 4:50 PM said...

yup(^_^)btul2~
nice entry bro!
keep it up.

{ Nizam Malek } at: January 8, 2011 at 5:49 PM said...

Semangat je lebih..

Itu bukan melayu k.. =p