Jom Makan! | Ke Alam Aunty Aini

Pabila melangkah masuk ke gerbang Aunty Aini's Garden & Cafe , para tetamu cafe tersebut akan membayangkan mereka di alam rimba yang nyaman disusuri dengan deruan air pancut serta kewangian harum bunga melur di sekelilingnya.

Pintu gerbang cafe

Kepada warga Putrajaya, Kuala Lumpur, Seremban serta yang berhampiran, ingin merasai 'Masakan Melayu Kampung' ? Yeah, baru-baru ini  Syafiq berkesempatan makan malam di kafe ini yang terletak di Nilai , Negeri Sembilan . 

Yelah, dah muak dengan masakan thai or western yg slalu terdapat di restaurant dan kafe sekitar bandar Kuala Lumpur mahukan Putrajaya, ape kate kita mencuba sesuatu yang original @ masakan melayu minang ! masakan turun temurun dari tok nenek moyang kita plak. Kan ? 

Menu

Kafe di dalam taman ini dibina betul-betul di tepi Jalan Sepang , Kampung Chelet. Hurmm bab parking nih memang takde masalah , kawasan untuk parking ade disediakan . Konsep kafe ini lebih kepada rumah papan yang beratapkan rumbia dan suasananya di sulamkan dengan kehijauan pokok-pokok renek serta bunga-buangan yang di tanam sendiri oleh Aunty Aini. 

Sesiapa yang inginkan ketenangan serta suasana makan yang selesa , Syafiq rasa inilah tempat yang sesuai . Harga makanan di sini berpatutan dan kuantiti untuk satu pinggan hidangannya adalah besar dan sangat mengenyangkan ! 

Meja santapan die sangat romantik yer !

Kafe dalam taman


Pelanggan setiap hari memang tak putus-putus. Pelanggan bukan saja datang dari daerah terdekat, tetapi serata pelusuk Malaysia dan DUNIA !! Antara pelanggan yang pernah datang ke kafe Aunty Aini, bukan calang-calang orang yer .. Anthony Bourdain (American Chef | yang slalu kita tengok dalam Asian Food Channel tuh) , Gordon Ramsay (Scottish chef , television personality and restaurateur | co-host untuk rancangan Masterchef). 

Kenangan bersama Gordon Ramsay

Kebanyakan menu di kafe ini adalah masakan kampung minang, so malam tuh syafiq sempat order beberapa lauk . Kita boleh order menu ala carte or 'set' , terpulang pada individu. 

Daging Tetel 
(Paling sedap syafiq rasa !!! Ala-ala asam pedas)

Ayam Goreng Kampung

Gulai Telur Itik

Khailan ikan masin

Masak lemak cili api daging salai

Lauk pauk dia memang LETOPS HABIS!! , syafiq rasa macam bukan makan kat kedai, tp macam nenek yang masak. Cukup rasa semua nya. Setelah selesai habiskan semua lauk pauk tuh, pencuci mulut dia agak unik, syafiq amik 'Ice cream with tapai' . Hurmm mula-mula makan memang macam rasa pelik jer, tapi lepas dua tiga suap, terus makan sampai habis ... sedap pulak rasa. Hiks.

Ice cream with Tapai

Overall syafiq memang puas makan di kafe nih, syafiq suka environment dia dan pelayan-pelayan nya sangat peramah. Before syafiq tutup entry nih, terimalah kata-kata dari owner kafe ini yang sempat syafiq rakamkan, Aunty Aini !! 


Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Jalan Sepang, 
Kampung Chelet
71800 Nilai,
Negeri Sembilan.

Tel : 06-7991 276
GPS : 'Aunty Aini'


Jom !! Ramai-ramai datang ke Aunty Aini's Cafe !


5 comments:

{ Cikin } at: February 15, 2011 at 4:14 PM said...

lawa uh tmpt nya !
food nmpk mengiurkan (:

{ Qarl } at: February 15, 2011 at 11:27 PM said...

kelasss aunty aini!

{ leyzajamil } at: February 16, 2011 at 2:19 PM said...

akan datang carik cafe aunty aini sampai dapat ;D

{ Melyuis } at: February 16, 2011 at 9:29 PM said...

salam, macam sedap aje, kalau ada rezeki boleh juga datang ni.

{ BloGGer JaLanAn } at: February 19, 2011 at 7:02 AM said...

macam sedap je..boleh la buat 'surprise birthday party' kat sini..letak belon byk2 skit