Aku rasa sangat popular !!

Dalam minggu ni , persatuan tikus-tikus seMalaysia sgt berbangga kerana name mereka kerap disebut dan keluar tv dan lebih2 lagi kat "buletin utama" ...ish2.. Sbb ape ??

Ini adalah kerana gara-gara pelawak terkenal di Malaysia , Abg Din Beramboi telah dikatakan mengidap penyakit yang berpunca dari kencing tikus. Actually kalu dari segi medical nyer.. name penyakit tersebut adalah "LEPTOSPIROSIS".

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.

Faktor risiko termasuklah:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Tanda dan Gejala

Gejala :
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  • Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  • Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  • Radang selaput mata.
  • Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.
Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
  • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
  • Perdarahan yang teruk.
  • Respiratory distress).
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

bye !